Cerita #1: Zaman Jepun
Waktu kecik2 dulu, aku suka korek sejarah zaman pra-merdeka daripada datuk & nenek aku. Aku tanya datuk, 'Jepun jahat ke?' dan aku tanya arwah nenek, 'Jepun ada usik nenek ke?' Datuk cerita, waktu zaman Jepun, dia masih kanak-kanak. Pergi sekolah diajar bahasa Jepun. Nyanyi pun lagu Jepun. Lagu yang paling dia ingat dan selalu nyanyikan beramai2 dengan cucu2 ialah, 'So..so..sosoji..sosoji naniwawa...' Datuk kata, orang kampung tak berani lawan Jepun dan Jepun pun takde buat apa-apa kat orang kampung.
Nenek cerita, kalau Jepun datang ke rumah mintak makanan, dia dan adik beradik perempuan akan cepat2 menyorok. Takut Jepun amik, bawak balik. Kata nenek lagi, zaman Jepun dulu, hidup orang kampung sangat susah. Nak beli kain untuk jahit baju pun tak boleh. Jadi orang kampung jahit guni untuk buat baju. Huhu. Makanan ruji cuma ubi kayu rebus.
Ada satu masa, askar orang putih datang untuk lawan Jepun. Orang kampung semua naik perahu pergi ke seberang sungai Igan yang sangat lebar tu untuk selamatkan diri. Mereka tinggal di situ selama seminggu sebelum balik semula ke rumah bila keadaan dah reda.
Cerita #2: Zaman komunis
Masa kami kecik2 dulu, mak selalu cerita tentang komunis dan pengganas. Kata mak, zaman dia masih kanak-kanak, komunis berleluasa. Pernah mak sekeluarga lari ke dalam hutan di belakang rumah sebab takutkan komunis. Pakcik mak kendong mak sambil susup-sasap lari. Nyaris-nyaris terkena tembakan. Zaman komunis pun sangat susah. Nak beli susu pun tak mampu.
Kesimpulannya, generasi aku sangat bertuah sebab lahir pasca zaman Jepun dan komunis. Aku sangat bertuah sebab dapat korek cerita lama tentang zaman sebelum merdeka. Dan aku jugak sangat bertuah sebab dapat balik ke Sarawak sempena cuti merdeka ni! :p
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan, rakyat Malaysia! :)
No comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .