Finally! Minggu ni kami boleh lepak2 di rumah macam pasangan suami isteri yang lain. Tak ada lagi sesi drama swasta minggu ni. Stop! Bila teringatkan minggu lepas, aku terus rasa sakit jantung. Baik aku lupakan sahaja. Weekend ni untuk lepak2 sambil masak2 dan shopping2.
Bercerita pasal masak2, hari ini lunch kami ialah 'Beef Steak'. Resipinya sangat mudah:
Beef Steak (resipi mak)
- Kepingan daging lembu steak (Australian beef kat Giant - 4 keping daging harga RM6+)
- Sebiji telur (sederhana besar)
- Sos tomato
- Kicap manis
- Lada hitam
- Bawang besar dicincang halus
- Tomato segar, dihiris
- Mentega (utk menggoreng)
Langkah2:
- Campurkan telur, sos tomato, kicap manis sampai sebati, pastu gaulkan daging. Gaulkan sekali dengan lada hitam (black pepper). Perap selama 1 jam.
- Panaskan kuali, masukkan satu sudu mentega untuk menggoreng daging, goreng daging sampai masak. Angkat dan ketepikan. Masukkan 1 sudu mentega lagi, goreng bawang cincang sampai wangi, masukkan lebihan sos untuk perap daging tadi, kacau2 sekejap dan biarkan mereneh dalam satu minit sampai jadi sedikit pekat. Masukkan semula daging, gaul dalam sos steak dan angkat.
- Sedia untuk dimakan dengan kentang goreng dan hirisan tomato segar! Kalau nak makan ngan jagung bakar atau kentang dibakar dalam kulit pun boleh gak tapi kiteorang just guna bahan2 yang ada kat rumah je. Yummy!
p/s: Gambar takde sebab dah lapar sangat so ngap je, tak sempat pun beef steak tu nak posing2! :p
No comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .