Sebenarnya minggu ni aku sangat stress. Memandangkan aku sedang organize satu event di JB, maka kerap berulang-alik dan tidur di JB menjadikan aku sangat stress. Walaupun event kami dapat ramai penaja tapi jumlah participation masih di tahap yang kritikal dan secara langsung menyumbang kepada tahap stress yang tinggi. Kesimpulannya, aku memang sangat stress! Aku semakin bersemangat nak berhenti kerja!

Bila aku stress aku tidak boleh lihat rumah aku berselerak kerana aku akan jadi double, triple stress. So, aku menghabiskan masa mengemas stor yang sudah tidak kemas lagi, dan kertas-kertas, bil-bil, cd dan majalah-majalah yang berselerak atas rak tv. Suami Terchenta pun dengan rajinnya membantu aku mengasingkan kertas-kertas yang tak berguna untuk dibuang.

Tapi walaupun sudah kemas, kertas-kertas tu masih menyakitkan mata aku. Terlalu sakit dan menyampahnya aku sampai aku mengajak Suami Terchenta membuat retail therapy di Ikea. Tujuannya untuk cari something untuk organize barang-barang seperti cd, resit-resit barang elektrik, bil-bil, manual barang-barang elektrik dan sebagainya yang telah menyemakkan diri dalam rak tv itu.

Hasilnya, kami telah pulang dengan membawa kotak-kotak ini:

ikeakotak simpanan cd, bil-bil, resit, manual barang letrik, surat, etc. Boleh taruk label supaya boleh tau content kotak tersebut

dan juga bakul ini:
ikeaUntuk simpan wayar2, headphone, tripod kamera, kamera, etc.

Hasilnya:

ikea
Tadah! Tiada lagi kertas-kertas yang berselerak di bawah rak tv! My mom will love it! :) Hehe..

Kami juga beli remote control pocket supaya boleh simpan remote control tv / Astro / VCD player kami di tempat yang senang dicapai:

ikearemote control pocket

Next, Insya Allah kalau ada rezeki, kami tengah aim untuk beli meja makan ini:

ikea
Memandangkan rumah kami sangat space-efficient (a.k.a. kecik), jadi meja yang boleh diturunkan bila dah selesai makan tidak memerlukan ruang yang banyak dan sangat sesuai untuk rumah kami. Harganya pulak baru RM129. Especially bulan puasa dah nak dekat ni so kena ada tempat makan yang proper. Selain dari tu, boleh jadi tempat Suami Terchenta buat programming dengan selesa (bila dia dah beli laptop yang baru).

Kesimpulannya, aku memang sangat heart Ikea :) Hehe. Terasa nak bawak balik semua barang-barang di Ikea! Muahaha!

1 comment:

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .