Die Hard 4 poster |
Petang Jumaat lepas, aku sedang sebok conteng-conteng buku program dalam Photoshop. Tiba-tiba Suami Terchenta SMS, 'Jom tengok movie :p' siap dengan jelir lidah sekali. Rupa-rupanya, Suami Terchenta ter'excited' nak tengok citer 'Mati Keras' nih. Pertama kali aku dengar translation oleh Suami Terchenta, aku terasa nak berguling-guling ketawa. Ternyata otak aku yang dulu putih melepak tak de sebarang karat dah berubah jadi kaler-kaler.
Oleh sebab movie start pukul 9.40pm, sempatlah kami berkejar balik ke rumah walaupun keluar dari ofis pukul 6.30pm. Aku sempat lagi buat sandwic ayam dan bakar dalam oven, solat Maghrib dan tukar baju dalam masa yang pendek itu. Lepas tu, kami berkejar-kejar pulak ke Midvalley sambil makan malam sandwic ayam dalam kereta. Muahaha. Si Sang Kancil kami dah jadi tempat makan utama.
Hmm... kesimpulannya, cerita 'Mati Keras' nih agak ok, cuma aku yang sejak kebelakangan ni sangat stress di ofis terasa penat bila tengok cerita yang tak berhenti-henti berlari, kena langgar, melanggar, menembak dan meletupkan bangunan dan kereta sepanjang movie ni. Serius, aku rasa macam aku pulak pelakon utama yang melakonkan aksi-aksi yang memenatkan tu!
So, kepada sesiapa yang stress, sila jangan tengok cerita ini. Kepada sesiapa yang kepenatan lepas bekerja seharian, jangan tengok cerita ini. Lebih baik kamu balik dan tidur. Huhu. Walau apapun, Suami Terchenta sangat enjoy cerita ni, dan lepas ni tak akan ajak aku tengok cerita ni lagi :p

No comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .