Aktiviti kekeluargaan yang paling menyeronokkan lepas kawen ni ialah berjalan-jalan melihat alam. Minggu lepas, dalam usaha keras kami menakluk semenanjung tanahairku, kami membuat keputusan ke Mersing. Sebenarnya, atas ajakan kawan-kawan aku di JB. Mereka punya plan yang sangat fantastik:
1. Bercuti ke Pulau Pinang - kensel sebab member yang kami nak lawat tu pergi ke Singapore pulayks...
2. Bercuti ke Genting - kensel sebab hotel dah fully booked...
3. Bercuti ke Pulau Redang - sama la dengan alasan di atas...
4. Bercuti ke Langkawi - 'ala.. tak de duit la..' 'ala.. dah penah pegi la...' 'hmm.. hotel full'
5. Bercuti ke Pulau Tioman - 'asyik tukar je plan!'
6. Tak jadilah ke mana-mana! - final decision! (Ainie, u memang patut kene gigit tau!!)
Tapi aku dan Survivor telah membuat keputusan sehidup semati untuk holiday di Endau, Mersing walaupun yang lain menarik diri dari plan 'over' bersemangat tu. So, hari Ahad tu, walaupun aku kurang sihat, kami memandu selama 5 jam ke Endau. Dari KL, kami masuk exit ke Kluang dan drive jalan yang macam ular kena palu.
Jalan yang penuh berliku... Jangan memandu sorang2 waktu malam di kawasan ni |
Akhirnya kami pun sampai ke resort tempat yang kami tuju tu dalam pukul 1 tghr:
Endau Beach Resort: Kadar bilik ialah RM140nett 1 malam, Astro+aircond, takde breakfast |
Sampai di sana, Survivor sekeluarga baru nak bertolak ke Melaka. Aiseh... Apa ni, Surv?? Kata nak bercuti sama-sama. Penat je drive dari KL, tau? Tapi fikir-fikirkan balik, bukannya ada aktiviti menarik yang boleh dibuat bersama-sama di sini. Tapi, demi pengalaman, aku tabahkan diri (chewah, ayat yang sungguh menggelikan pankreas aku!)
Lepas check-in, kami berehat-rehat sambil menonton kartun. Tiba-tiba hujan lebat pulak! Alamak! Maka, aktiviti seterusnya ialah mendodoikan mata diri-sendiri. Kepenatan sebab drive selama 5 jam + kena bangun awal siapkan barang.
Petang tu, barulah kami dengan teruja, pergi ke Pantai Pasir Lanun kira-kira 500m dari resort untuk aktiviti yang diidam-idamkan - mandi laut!
Dua orang kanak-kanak riang yang dah lama tak bertemu air laut |
Pantai Pasir Lanun |
Agak lama kami berendam macam badak sumbu kehausan sambil membuat pelbagai aksi kuak lentang, kuak tak lentang, menyelam sambil minum air masin dan sebagainya. Sampai perit tekak aku. Dekat-dekat nak senja, barulah kami reti balik ke resort.
Malam pulak, kami pergi makan ikan bakar di satu warung bernama 'Mama Bedah'. Makan ikan pari bakar. Yummy! Tapi servis, ya Allah, hampir tertidur-tidur kami menunggu. Mahu saja aku suruh mereka hantar makanan yang kami pesan tu ke bilik kami sambil kami baring-baring tonton tv.
Then, next day, bangun awal pagi untuk berjalan-jalan di Jeti Penyabong menghirup udara segar. Sempat lagi meniti tambak batu ke pulau kecil pastu panjat batu-batu untuk duduk menikmati pemandangan laut China Selatan di atas batu:
Muka tak mandi pagi |
Kesimpulannya, tercapai la jugak hasrat kami untuk mandi laut di sini. Secara overall, aku telah kasi rating untuk percutian kami kali ini:
Hotel : 6/10
Bilik cukup selesa & sangat bersih, cuma dalam selimut aku ada tulang ikan (??) dan bilik air kurang memuaskan walaupun bersih.
Mandi laut, jalan-jalan di jeti & pulau
Makanan: 4/10
Ada tiga warung makan beroperasi pada siang hari dan jual lauk-pauk tengahari tapi tak banyak pilihan. Waktu malam pulak, tempat makan terdekat ialah Mama Bedah yang servis nya agak memberi stress kepada aku.
Harga: 7/10
Berpatutan
Bajet untuk trip: Expect untuk spend dalam RM200 untuk dua orang (hotel dan makan minum sahaja)
Bajet untuk trip: Expect untuk spend dalam RM200 untuk dua orang (hotel dan makan minum sahaja)
No comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .