Percutian yang menarik ialah bila ada kombinasi elemen-elemen ini: pemandangan yang best, aktiviti yang best, makan yang best dan penginapan yang best (dan murah!). Kalau pergi ke Mersing, tempat yang memenuhi ciri-ciri di atas ialah di Pulau Tioman yang terkenal seantero dunia.
Maka, lepas kami check out dari resort, kami segera ke Jeti Mersing. Konon-kononnya untuk meninjau kos cuma. Kami seperti orang kena hipnotis apabila tiba-tiba sahaja dah berada di atas feri menuju ke Tioman!
Sempat berposing di belakang feri |
Tempat yang kami tuju ialah Kampung Genting dan chalet yang kami sewa ialah Genting Happy Inn.
Welcome to Kampung Genting, Tioman Island! |
Kami mula-mula sangat teruja bila dapat tahu harga bilik ialah RM80 saja. Walioweihh... Tapi bila kami masuk bilik, semangat teruja menurun sebanyak 50%:
Seb baik RM80 je |
Pemandangan chalet dari luar. Sapalah jemur bantal kat luar tuh? |
Tapi tak pelah. At least ada aircond dan hot shower. Lagipun kami bukan ke sana untuk tido. Kami ada misi yang lebih penting. Mandi laut lagi! Yeaay!
Air laut yang jernih boleh tengok ke dasar |
I like... |
Dalam pukul 5 petang, kami dah salin pakaian dan pergi ke sebelah kiri jeti dari pulau sebab di sebelah kanan, pantainya agak berbatu-batu. Tak de orang yang mandi kat situ.
Pemandangan di tepi pantai Pulau Tioman |
Aku merengek-rengek tak hengat dunia bila tengok orang pakai snorkelling goggle. Nak jugak! Uwaa! Maka, terpaksalah Suami Terchenta pergi menyewa goggle demi melihat isteri terchentanya gembira. Isteri-isteri di luar sana, tolong jangan ikut contoh aku.
Jaket keselamatan dan goggle snorkel boleh disewa di sini |
Sedang bergumbira bersama goggle yang disewa suami terchenta |
Pada waktu malam, kami pergi makan malam di gerai tepi jeti. Makan malam agak expensive. Tapi agak sedap jugak. Lepas makan, kami bersiar-siar di tepi pantai sambil bercerita tentang macam-macam perkara zaman dulukala. Agak-agak dah penat, barulah kami balik ke bilik.
Next day, mandi di tepi pantai lagi. Aku hampir lemas kerana mandi terlalu jauh sampai tak jejak dasar laut. Suami terchenta pulak sedang mengatur goggle jadi dia tak perasan aku yang terkapai-kapai menggelupur minum air laut. Tapi nasib baik dia perasan time aku tenggelam dan tak timbul-timbul. Aku rasa segalanya macam slow motion je - aku menggapai lalu mencapai tangan Suami Terchenta dan dia menarik aku. Lalu aku cepat-cepat memijak lututnya dan naik ke permukaan air. Nasib baik air laut jernih, so boleh la nampak tangan Suami Terchenta masa tu. Ngerinya pengalaman tu. Lepas tu aku fobia sket. Aku berenang sambil pegang tangan Suami Terchenta setiap masa.
Pukul 3.30 petang, kami bertolak balik ke Mersing. Aku dah mula rasa tak sihat lagi. Feri pulak sangat sesak dengan orang. Akhirnya kami naik speed boat sahaja. Tu pun tak selesa. Sampai di Mersing, hujan turun dengan lebatnya. Suami Terchenta yang drive dari Mersing ke KL ikut arah Kuantan dan keluar ke Lebuhraya Karak memandangkan aku demam terkejut sebab hampir lemas.
Ramai orang tengah menunggu feri balik ke Mersing |
Kesimpulannya, trip ke Pulau Tioman sangat best sebab dapat mandi laut. Tapi, hopefully next trip ke pulau kami dapat stay tempat yang lebih best dan dapat buat aktiviti snorkelling tengok terumbu karang dan ikan berwarna-warni.
Rating:
Chalet: 4/10
- Chalet ada 2 katil queen-sized, aircond dan hot shower. Tapi tak de tv! Bosannya! Pastu ada bau hapak semacam je dari toilet. Good thing is, biliknya + bilik air bersih (takde tahi cicak yang paling utama).
Makanan: 5/10
- Nasi goreng ialah RM5 ke atas. So korang boleh agak sendiri la. Agak sedap la masakannya cuma agak mahal.
Aktiviti: 7/10
- Air laut nya sangat jernih, udara sangat segar dan kami sangat gumbira!
Harga: 7/10
- Within budget kami.
Bajet untuk trip (utk 2 orang, 2D1N): Expect to spend RM220 untuk feri (RM70 pergi-balik seorang dan RM80 untuk bilik semalam) dan RM60 untuk makan tengahari, malam dan breakfast keesokan hari. Total expenses, RM280 untuk 2 orang.
No comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .