Sel2 otak aku berlumba2 membunuh diri. Splat! Splat! Eek! Bunyi kematian yang menakutkan. Gara-gara aku terlalu memaksa. Terlalu demanding. Mengerahkan jabatan-jabatan serebrum dan amygdala memproses berjuta-juta maklumat dan memuntahkan produk siap dalam masa 1/1 juta saat sesuka hati aku.
Kerja-kerja aku bertaburan di atas meja. Semakin banyak maklumat. Semakin pantas usia aku menjadi pendek. Dalam masa yang sama, aku:
1. Mencari statistik dari tahun 2004 - 2006.
2. Mencari foto-foto utk corporate brochure. Aku sengal. Hari Jumaat lepas, aku terlupa save dalam satu folder. Kan dah dua kali kerja. Aku benci buat kerja yang sama. Sekali lagi, sel-sel otak aku membunuh diri kerana kecewa dengan diri-sendiri.
3. Siapkan summary market survey dalam sales proposal
4. Mencari CD original artwork yang diminta oleh agency designer. Mujur aku tak tahu Illustrator, kalau tak aku pasti menyumbangkan 'titik peluh' percuma. Seperti biasa.
Bukan aku tak biasa buat dua atau tiga kerja dalam satu masa. Aku dilahirkan Gemini, memang sudah nature aku untuk buat multi-tasking. Tapi kali ini sangat urgent. Orang atasan aku buat hal durjana. Bukan ke sudah berabad lamanya aku ingatkan:
A. Corporate brochure sudah mau habis, bos. Tolong check maklumat yang aku dah bersusah-payah mengejar semua pihak yang terlibat untuk submit SECEPAT MUNGKIN! supaya aku boleh serahkan kat designer sebulan yang lalu.
Bos aku bergoyang kaki kanan dan kiri. Mengecek emel. Mengecek sapa yang tersingkir dari American Idol. Mengecek apa yang terjadi dalam sinetron kesukaannya.'I'll have a look at it later.' Hasilnya, sekarang semua orang kejar department kami mintak corporate brochure SECEPAT MUNGKIN! Baru la dia kelam-kabut mintak agency cepatkan printing. Walhal baru minggu lepas submit. Trump pun belum approve. Aku tak tahu nak kasihan siapa. Agency atau aku sendiri. Rasanya lebih berfaedah kasihankan diri-sendiri. Kesiannya aku.
B. Bulan lepas aku bilang pada bos: Sebelum BD busy buat exhibition, baik kita cari supplier booth kita kerana booth yang lama perlu tukar baru. Maklumatnya sudah outdated.
Bos aku kata ok biar dia yang buat. Aku busy sebab update corporate brochure dan siapkan market survey. Lagi perlu update promosi laman web. Lagi perlu siapkan design signage baru. Maklum la, aku kuli. Khamis lepas. Seperti yang aku jangka, BD mintak booth. Bos aku baru kelam-kabut contact supplier. Visual booth perlu usai cepat-cepat sebelum Jumaat ni. Padahal deliver period 10 working days. Hari ni baru mereka hantar design. Huduh. Tapi sebab dah urgent, tak boleh berlenggang-kangkung cerewet. Aku bagitau Chairman, apa2 yang terjadi, bukan salah aku. Aku sudah nak termuntah ingatkan bos aku supaya setelkan bendalah ni bulan lepas.
Banyak lagi yang aku tak puas hati tapi aku tak boleh buat apa2. Sebab. Aku kuli, dia bos. Aku buat cepat-cepat pun, akan jadi lambat jugak. Akhir-akhir ni aku nak berbaik-baik dengan Trump. Tak mahu benci-benci dengan Trump. Tak mahu gaduh-gaduh dengan Trump. Tapi aku cuma berdiri di sebalik bayang-bayang bos. Bila bos buat durjana, pasti Trump akan ingat aku pun terlibat sama. Aku pun pekerja yang lembab. Tak efektif, inovatif, kreatif, dan segala macam 'if'.
Aku sudah buat yang terbaik, Trump! Sila hantar bos aku pergi training untuk kasi dia motivasi sepanjang tahun!
Huh. Macam la Trump pernah membaca ayat-ayat durjana aku di sini. Sekian.
No comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .