Sebenarnya bersusun2 entri yang perlu dihamburkan di sini. Sejak akhir-akhir ini, aku sangat hiperaktif pada hujung minggu. Mengalahkan kanak-kanak Ribena. Tapi bukan selalu kan? Selagi aku masih terdaya (walaupun sangat mengantuk ni!), aku akan cuba untuk memuntahkan peristiwa bersejarah dalam hidup aku di sini. Walaupun sejarahnya cuma makan sandwic ayam.

Sandwic ayam itu ialah resipi pada hari Sabtu. Para isteri, walaupun aku seorang yang ganas, tapi aku sangat gemar ke dapur. Especially lepas kawen ni. Tak hairan la aku semakin comel (dalam erti kata lain). Tapi Suami Terchenta, entah apa vitamin yang dia makan, tak jugak naik2 berat badannya. Musykil aku. Walaupun lepas makan malam dan terus tergolek di sisi aku yang sibuk membuat design ni, dia tetap me 'maintain'kan berat badan idealnya tu. Huhu. Aku sangat dengki.

Prolog Jumaat malam. Kami pergi menonton cerita Mr Bean yang sangat bodoh tapi kelakar. Sebelum tu, aku merengek2 nak makan nasi di KFC sebab tak makan tengahari. Kami pun order 2 set. Lepas tu ayam seketul tak abis. Maka aku pun bungkus bawak balik. Besok paginya, aku keluarkan ayam untuk dipanaskan. Tapi ayam cuma seketul je! Suami Terchenta sekali ngap! je mesti dah abis... Akhirnya aku buat sandwic, biar sama-sama dapat makan. Sama-sama gembira.

Sandwic ayam ialah resipi yang simple dan sedap. Isi ayam KFC dicarik2 halus, lepas tu tabur atas roti, tambahkan hirisan tomato dan kepingan keju + mayonnaise (tapi sebab aku tak gemar mayonnaise, aku cuma sediakan utk Suami Terchenta). Lepas tu bakar selama 5 minit. Tadah! Seketul ayam KFC tu boleh menghasilkan 6 keping sandwic! Sangat mengenyangkan.

Pada hari Sabtu, Suami Terchenta meninggalkan aku demi tugas untuk negara projek ofis. Dulu dia penah sound kaw-kaw sebab aku suka masuk ofis hari Sabtu tak keja. Itu dulu, zaman hamba-abdi di Johor. Sekarang, aku sudah persetankan semua itu! Muahaha! Tido adalah aktiviti yang tak boleh digantikan oleh apa2 sekalipun (melainkan blogging).

Nasib baik kawan serumah masa di UTM dulu ajak aku beronggeng2 di Sogo. Mahu beli perfume mahal katanya. Aku pun setuju. Dah lama tak melepak bersama kanak-kanak periang. Lalu, sebelum drop Suami Terchenta di ofis, aku amik kawan-kawan di Pandan Indah. Dan bermulalah jalan2 bersukaria bersama kawan-kawan.

Hari Ahad pulak, Suami Terchenta konon-kononnya nak menyambung tugas negara untuk projek ofis. Aku mula-mula nak cadangkan berjalan-jalan di Melaka. Tapi pagi-pagi lagi dah tercongok layan Smallville depan laptop. Aku pun join sekali. Last-last dua-dua plan pun tak jadi!

Tapi petang tu Suami Terchenta ajak berpiknik di tasik. Sebelum tu waktu pagi, kami sibuk experiment buat muffin coklat. Berjaya jugak! Tapi sebab perut dah berkeroncong, muffin tu tak menyelerakan di mata kami jadi aku pun buat nasi goreng dan bakar sosej. Suami Terchenta sangat suka! Sampai licin nasi goreng yang dibekal. Makaceh Suami Terchenta! Aku sangat bertuah dapat suami yang sangat suka masakan aku :)



Jadi, tu lah aktiviti kami pada hujung minggu lepas... Pasal gath terkejut tu, aku akan story next time. Huaargh! Good nite everyone ;)

No comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .