Masa berlari dengan sepantas-pantasnya. Di balik kesebokan bangun tido-pergi keja-balik kerja-tido-bangun tido yang infiniti, sudah seminggu berlalu dengan takde maknanya. Maka, sudah seminggu jalan-jalan bersama my sister tak dihapdetkan!
Hmm... apakah aku dah hilang minat berkobar-kobar untuk menulis blog? Aku sudah semakin malas mencoret-coret di sini akhir-akhir ni.
Anyway, minggu lepas ada sedikit kelainan dari rutin hidup yang gila-gila bosan. Minggu lepas dan awal minggu ni, kakak aku datang ke KL dan ajak tido di Hotel Mutiara. Hotel Mutiara, tau? Hotel Mutiara ialah hotel idaman kami. Maka hari Ahad hingga malam Selasa, kami bersuka-ria di hotel Mutiara.
Ini ialah kakak aku yang chumell... |
Kami ambil dia di KL Sentral, breakfast di Bangsar dan kemudian pergi ke hotel untuk check in. Bila masuk ke dalam bilik, ada sebuah bakul sarat makanan sedang menanti di atas meja tulis. Di meja tepi pulak ada sebuah kotak berisi coklat yang sedap! Marveles!
Kami tak berlengah-lengah menikmati coklat Tiffins tu. Mmm... Sedapnya. Tapi baru nak attack bakul tu pulak, kakak aku tetiba nak check dulu sama ada bakul tu memang patut ada di situ atau dah silap bilik?? Rupa-rupanya, bakul tu dengan coklat Tiffins tu adalah untuk orang lain. Hehe. Tapi dah ngap dah, so tak boleh buat apa la yek. Sapa suruh letak di bilik kami??
Bakul misteri yang menjadi topik hangat pada pagi tu |
Ini ialah coklat yang paling sedap penah aku rasa |
Bakal hadiah hari lahir aku yang akan datang *mesej bermakna utk Suami Terchenta* |
Sebelum tu, mari aku ceritakan kisah lucu. Suami terchenta telah pergi meletak kereta sebelum naik ke bilik. Aku telefon dan mengatakan, 'Bilik sembilan belas-tiga belas ya?' dan dia pun repeat sambil kata 'OK'. Lima belas minit berlalu. Aku sudah risau. Mesti dia sudah ketuk pintu bilik yang salah dan seorang perempuan cantik membuka pintu lalu menarik suamiku yang hensem itu lalu dia tak boleh buat apa-apa (atau tak mau buat apa-apa). Aku telefon sekali lagi.
'Abang kat mana?'
'Tak jumpa bilik.'
'Kenapa?'
'Salah bilik.'
'Bilik 1913 la sayang...'
'Ye ke? Abang dah pergi bilik 1903...' Ada nada kesal di corong telefon.
'Sapa yang bukak pintu?'
'Perempuan...'
'Cepat ke sini.'
'OK.'
Akhirnya Suami Terchenta sampai. Petang tu, kami dapat tau rupa-rupanya bilik yang diketuknya tu ialah bilik kawan kakak aku. Sungguh malu! Sungguh lucu jugak! Muahaha! Bayangkan kawan kakak aku tu ingat suami terchenta nak amik gambar dia sebab suamiku yang blur itu tengah bawak kamera. Huhu..! Lain kali aku cuma akan sms untuk mengelakkan kesilapan kronik ni.
Lepas berehat sekejap, kami pun keluar. Destinasi ialah ke Bukit Tinggi Resort, tempat yang ala-ala kat negara France tu. Perjalanan ke France mengambil masa 1 jam lebih. Kena bayar RM16 seorang. Huhu..! Kami dilanda kemelesetan ekonomi sekejap. Bila sampai di sana, kami parking dan terus berjalan-jalan sambil amik gambar:
Posing dengan matahari terpacak di kepala ala-ala di Paris |
Paris sungguh panas... |
Welcome to Paris, Malaysia |
Kami sempat singgah makan di salah sebuah restoran pizza di bandar France tu sebelum meneruskan perjalanan ke haitt! Jepun. Ni pulak ialah gambar-gambar di Jepun (aku sudah semakin malas + mengantuk untuk buat liputan lanjut perjalanan luar negara kami):
Viva el Japan! *Apa-apa je la...* |
Anggun dengan busana biru |
Bagi ikan makan ialah aktiviti pastime kegemaran aku *yummy!* |
Last sekali, ini ialah aksi ganas aku yang tidak boleh ditinggalkan. Para isteri, tolong jangan ikut aksi ini ya!
No comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .