Wiken lepas kami ke JB.
Sengaja pusing2 mengimbau nostalgia.
UTM masih cantek.
Masih anggun.
Masih buat aku teruja!
Pagi2 lagi kami sudah bersiap-siap. Dengan cerianya, kami memecut si Sang Kancil menuju lebuhraya Utara-Selatan. Pukul 9.30 lepas mengisi minyak, si Sang Kancil perak berlari-lari deras ke JB. Mau cepat2 sampai ke destinasi. Jusco Taman U sedang menunggu! Cendawan goreng di Restoran Pak Ali memanggil2! Dan Tasik UTM kesayanganku!
Sedang si Sang Kancil berlari2, tiba2 terperasan ada seekor Sang Kancil perang meng'usha' Sang Kancil kami. Mesti tuannya tak puas hati kerana Sang Kancil kami lebih cergas. Maka dia pun mengekori kami dengan harapan menggunung tak ingat dunia. Tak sedar kuasa cc nya lebey kurang Sang Kancil kami. Melainkan dia ada booster. Wakaka! Aku sudah kerasukan.
Dengan berhempas-pulas, aku menekan minyak sekuat hati. Suami terchenta sudah mengekek2 di sebelah. 'Sudah la tu...' katanya. 'Ala, bukan tak kasi potong. Masalahnya, mampu ke?' Akhirnya kami sama2 ketawa macam setan sedang si Sang Kancil perang terkial-kial meng 'up' kan powernya yang lebey kurang itu.
Tapi 20 minit kemudian, si Sang Kancil perang hilang. Kami pun terus berlari ke JB dengan gelak seorang wira jahat.
Kami sampai di Senai dalam pukul 1.30pm. Check in, dan suami terchenta pun terbongkang di atas katil keletihan. Macam la dia yang driving.
Acara pertama kami petang itu ialah makaaannnn! Lokasi pilihan ialah Restoran Pak Ali, iaitu tempat makan femes di kalangan warga UTM. Sebab apa femes? Sebab ada cendawan goreng yang sedap. Tapi masa kami pergi tu, cendawan goreng dah abes :( Huhu...!
Lepas makan di sana, kami bersiar-siar di Jusco Taman U sebelum mengunjungi pengarang jantung kami, UTM:
Perjalanan balik, aku tak berusaha menjadi Schumacher lagi. Kerana perut yang kenyang meracun fikiran aku untuk mendodoikan mata. Akhirnya, suami terchenta yang melarikan Sang Kancil dengan bersopan-santun. Sampai kami kalah pada Sang Kancil di hadapan. Aku keciwa. Tapi hakikatnya, this is karma babe. Hehe.
Selamat memandu di jalan raya. Ingat yang tersayang.
Sengaja pusing2 mengimbau nostalgia.
UTM masih cantek.
Masih anggun.
Masih buat aku teruja!
Pagi2 lagi kami sudah bersiap-siap. Dengan cerianya, kami memecut si Sang Kancil menuju lebuhraya Utara-Selatan. Pukul 9.30 lepas mengisi minyak, si Sang Kancil perak berlari-lari deras ke JB. Mau cepat2 sampai ke destinasi. Jusco Taman U sedang menunggu! Cendawan goreng di Restoran Pak Ali memanggil2! Dan Tasik UTM kesayanganku!
Dengan berhempas-pulas, aku menekan minyak sekuat hati. Suami terchenta sudah mengekek2 di sebelah. 'Sudah la tu...' katanya. 'Ala, bukan tak kasi potong. Masalahnya, mampu ke?' Akhirnya kami sama2 ketawa macam setan sedang si Sang Kancil perang terkial-kial meng 'up' kan powernya yang lebey kurang itu.
Tapi 20 minit kemudian, si Sang Kancil perang hilang. Kami pun terus berlari ke JB dengan gelak seorang wira jahat.
Kami sampai di Senai dalam pukul 1.30pm. Check in, dan suami terchenta pun terbongkang di atas katil keletihan. Macam la dia yang driving.
Suami Terchenta sedang berangan-angan |
Teringatkan awex lama ke, bang? |
Memandangkan cuaca yang sejuk & nyaman, kami memutuskan untuk berjalan2 ke fakulti kami dulu. Sangat rindu pada zaman student dulu. Pada kengkawan di UTM. Yang tak rindu ialah pada assignment dan exam. Muahaha!
Dulu lecturer selalu bilang jangan cari 'abe atoh bukit' tapi dah tersangkut gak ngan mamat sorang ni yang fakultinya atas bukit. Macamane ni, puan?? |
My sweet ol' alma mater |
Kenangan paling best di UTM ialah aku & kawan baik aku si Anip menjolok buah jambu air di depan bangunan fakulti yang masak ranum dengan banyaknya. Lepas tu aku buat sambal kicap dan makan beramai-ramai dengan hosmet di Melawis. Sedap!
N24 ialah dewan kuliah antara fakulti-fakulti kami. Kami selalu ada kuliah di sini tapi aku & suami terchenta tak penah bertembung antara satu sama lain. Kafe N24 ni pon tempat kami mengalas perut. Tempat aku lepak2 lepas kuliah.

Model papan tanda |
Malamnya pulak, kawan-kawan baik aku dah buat appointment di Anjung Warisan. Kelas gitu! Tempat makan duduk di atas dan di bawah pokok. Di mana-mana saja yang kamu suka. Suami terchenta mau duduk di atas pokok. Dasar si Monkey! Tapi hajatnya terbantut sebab ada ramai lagi monyet orang dah awal2 duduk di atas pokok.
Aku paling suka suasana di Anjung Warisan. Sangat santai. Telinga pun hampir cair dialunkan muzik angklung 'live' di pintu masuk. Kalau tak kerana membontot BMW Chairman, haram kami boleh sampai ke Anjung Warisan sebab aku pon tak reti nak pergi sendiri. Sebelum terlupa, aku mau ucapkan 'Happy Birthday' kepada Chairman yang menyambut hari lahir serupa dengan suami terchenta - 12hb April lepas. Apa yang aku boleh kata ialah orang yang lahir pada 12hb April sama-sama pendiam dan sama-sama tak tau bezakan kiri dan kanan! (Ainie menyokong kuat kenyataan ini)
Empat management trainee, jatuh dalam longkang... satu sudah keluar, tinggal lagi tiga... |
Alahai... te'romantik' la pulak |
And lastly, sebelum kami balik pada besoknya, sempat lagi menjengah Angsana. Mencari baju kurung yang cantek (tapi semua aku tak berkenan!). Lepas melenguhkan kaki di Angsana, mak Ainie ajak kami makan tengahari di rumah sebelum bertolak balik ke KL. Suka masakan mak Ainie yang paling sedap di Johor!
Pura-pura cerewet, padahal sebenarnya tak de duit nak beli! |
Perjalanan balik, aku tak berusaha menjadi Schumacher lagi. Kerana perut yang kenyang meracun fikiran aku untuk mendodoikan mata. Akhirnya, suami terchenta yang melarikan Sang Kancil dengan bersopan-santun. Sampai kami kalah pada Sang Kancil di hadapan. Aku keciwa. Tapi hakikatnya, this is karma babe. Hehe.
Selamat memandu di jalan raya. Ingat yang tersayang.
No comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .