'Psycho' kan diri-sendiri.

Apsal malas keje ni? Tengok orang kat Johor tu dah hilang rumah, hilang tempat keje sebab banjir. Patut bersyukur apa, ada keje.

Suara dalam otak itu semakin sayup2 sebab aku dah sumbat2 dier jauh di lubuk antu. Huh. Aku malas la!

Cubaan sekali lagi untuk 'psycho' diri-sendiri.

Apsal malas keje ni? Cuba tengok graduan lain tengah terkontang-kanting cari keje. Ada yang jadi tukang urut sebab terdesak tau?

Aku bayangkan muka suami terchenta bila aku katakan aku nak jadi tukang urut. 'Bapak, bayarannya RM5000 sejam aja. Mantap sekali. Mahu nggak??'

Astaga! Suami aku yang terchenta berguling2an di atas lantai, separuh mati tertawakan aku. Padahal di dalam sanubarinya mahu mengetuk2 kepala isterinya yang comel ini.

'Langkah mayat abang dulu...! Apa? Tak cukupkah ayam goreng yang abang masak malam semalam untuk santapan kita berdua?'

Hakikatnya aku sudah malas bekerja di sini. Iya, di sini. Setelah dikumpul-timbunkan alasan2 selama 2 tahun+, hampir berkarat jiwa aku mengenangkan semuanya.

Bingung sekali.

*Hari ini*

Aku dan assistant aku sambil2 mengambil foto t-shirt baru sampai, berbisik2 mengumpat bos.

'Ko tau dia buat apa? Cam sibok benor keluar masuk bilik print something?'
'Tak tau. Buat report untuk annual meeting kot.'
'Iyelah tu. Report tu aku yang buat pastu semalam dia tanya apa lagi nak tambah. Dia tau mintak je.'
'Pastu dia suruh aku carik gambar untuk report tu.'
'Semalam masa meeting tanya apa job kita tengah buat, tapi apa yang dia dah buat takde plak citer.'
'Yang tak puas hati tu dah tau kita sibuk sampai dah nak terbongkang ni pastu tanya projek baru tu sapa nak handle?'
'Dah la meeting besok kita dua je nak attend.'
'I think dia dah bosan keje. Kesimpulannya kita dua bos tau.'
'Yalah kot.'

Ini ialah suara-suara staf yang tak puas hati sebab bos tau mengarah je tapi tak de buat apa2. Korang bayangkan dengan keje department sendiri pun dah bertimbun pastu nak layan karenah department lain mintak itu ini pastu nak layan bos yang bergoyang kaki kanan dan kiri.

Jadi aku tengah meninjau2 laman2 di tempat lain. Kot2 ada yang lebih hijau dari laman sendiri yang semakin menguning macam kene sembur ngan racun rumpai.

Bila agaknya ye?

No comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .