Bangun pagi dengan relaksnya. Pastu menggeliat dengan bestnya. Sambil gosok2 mata, aku bangun untuk gi cuci muka. Hmm... nak mandi ke tak? Sejuknya! Brrrr.... Tak jadi la... Gi dapur, masak air, wat Milo. Sambil kacau2 air ngan sudu, aku pasang tv, tengok Fafaw ngan FBI kat 8tv, pastu on laptop. Check email, then bukak Word sambung buat keje. Lepas siap keje ni, nak gi Midvalley plak tengok movie atau gi MPH baca buku. Seronoknya hidup...
Seronoknya berangan2. Padahal realitinya aku terpacak kat depan monitor, dengan telefon berdering2 sekeliling aku, dengan air milo yang dah sejuk sebab aircond kat ofis ni mengalahkan cuaca kat London, dan ketandusan idea sebab aku kesejukan dan mengantuk.
Aku sebenarnya bukanlah benci sangat pun ngan kerja. Tapi yang buat aku malas nak kerja ialah sebab peraturan kerja dan proses nak bekerja yang membosankan. Dalam erti kata lain, kalau Einstein masih hidup, dia akan buat equation sebegini,
Kerja = bosan + takde life²
Ada sorang kawan adik aku, dia belajar sambil buat part-time kat restoran fastfood. Katanya, 'Kenalah keje. Kalau tak keje, tak de duit nak buat tambang bas ke tempat keje.'
Agak2nya, memang betul la kata2 dia tu. Dapat gaji untuk beli baju kerja, isi minyak kereta ke tempat kerja dan buku2 panduan macamana nak kerja lepas tu retire umur 40. Adakah kita bekerja untuk dapat gaji dan lepas tu bercuti2 Malaysia? Oh, tidak! Kalau ya pun, sekali-sekala je. Itupun baru2 ni je dirasakan oleh isteri bekerja macam aku yang belanja hidup sepenuhnya ditanggung beres oleh suami terchenta :p Hakikatnya, duit gaji tu adalah untuk menampung kitaran hidup untuk pergi bekerja.
Seharian kita bekerja di ofis, tapi betul ke dari pukul 9 pagi sampai 5 petang tu kita betul2 buat kerja? Sebenarnya tak. Tapi kita terpaksa buat2 macam bekerja sebab kita kat ofis, bos selalu jenguk tengok kita buat kerja ke tak. Tu le kerja bos. Kepura-puraan tu menimbulkan ke'tension'an kat kita sebab kita sebenarnya tak suka berpura2. Kesimpulannya, banyak masa tak produktif yang terbuang begitu sahaja.
Bukanlah nak mengatakan kita sengaja tak nak bekerja. Tapi macam aku, kadang2 aku kena amik masa berfikir nak tulis apa dan nak bagi idea apa. Lepas tu, ngan aircond sejuk giler ni, sel2 otak aku pun mengecut tak boleh berfikir banyak. Maybe sekali-sekala kena telefon orang tanya itu dan ini. Dan jarang2 sekali kena attend meeting.
Adakah sebenarnya aku perlu bekerja dalam situasi macam ni? Macamana kalau aku bekerja dari rumah je? Kalau kat rumah, aku tak perlu habiskan masa iron baju kerja dan gi ke ofis (dah abiskan 1/12 hari ulang-alik ke ofis). Tak pun bila penat atau perlu time-out utk recharge otak, boleh la buat kerja2 lain contohnya basuh baju, kemas rumah, atau macam yang aku ceritakan kat atas - gi tengok movie / jalan2. Balik tu, boleh la sambung buat kerja semula. Kerja pun, boleh tangguh buat waktu yang aku paling produktif, iaitu waktu malam (sebab otak aku paling aktif waktu malam).
In fact, kalau la kompeni2 kat Malaysia ni apply konsep work-from-anywhere, aku rasa masalah motivasi yang melanda aku ni takkan berlaku. Sebab orang macam aku tau bezakan masa untuk bermain / berehat / bekerja. Insan2 macam aku suka cabaran bekerja, lebih suka gaji yang diterima tapi tak suka pergi ke ofis. Kalau ada kompeni yang nak amik aku bekerja dari rumah, one thing dieorg boleh harapkan ialah aku tak kan gunakan peluang tu utk 'mengular' tapi utk siapkan kerja yang diberi dan masa selebihnya untuk kehidupan peribadi aku. Bukannya sebaliknya.
Tapi, seperti biasa, ni sumer adalah angan2 belaka. Kalau nak bekerja kat rumah, the only choice is to open SOHO (Small office, Home office) atau erti kata lain, bukak bisnes dan kompeni sendiri.
Hmm...
No comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .