Balik Kampung 2006 - Pengalaman Naik Twin Otter ke Lapangan Terbang Mukah
Semalam, aku dah start cuti dan terbang ke Sarawak. Pukul 4.30 pagi, dia dah tunggu depan rumah sementara aku kelam-kabut buat sandwic ayam untuk kiteorang bersahur dalam kereta. Tak payah la dia mengada2 nak mintak suap. Muehehe..! Nasib baik hosmet dia pinjamkan kereta untuk dia hantarkan aku ke LCCT. Flight aku pukul 7.10 pagi. Kiteorang sampai pukul 6 pagi.
Keadaan di LCCT sesak dan penuh ngan bermacam2 ragam orang. Barisan di baggage screening memang panjang! Baru hari Rabu dah sesak macam ni. Lepas aku check in, kiteorang gi solat Subuh then dia pun balik. Aku sempat amik gambar kat LCCT:
|
Barisan yang panjang |
|
Dalam kapal terbang (seperti biasa, delay lagi) |
|
Pemandangan di luar |
Sampai di LTA Kuching dalam pukul 10.30 pagi. Memandangkan flight seterusnya ke Mukah pada pukul 2.50 petang, aku pun merayau2 sambil amik gambar di airport Kuching yang baru diubahsuai ala-ala KLIA. Lawa giler airport yang baru ni:
|
Kedai bebas duti |
|
Wajah moden LTA Kuching |
Pukul 1.20 petang, baru la kaunter FAX (subsidiari AirAsia yang mengendalikan sebahagian penerbangan domestik dalam Sarawak) dibuka. Aku terperanjat bila dengan aku sekali kena naik atas penimbang bagasi tu! Hmm... Adakah aku akan dimasukkan di bahagian kargo?? Seingat aku naik Fokker tak penah pulak penumpang pun ditimbang.
Pukul 2.50 petang, terjawab la pertanyaan tu. Rupa2nya bukan naik Fokker, tapi twin otter iaitu kapal terbang yang lebih kecik dari Fokker. Inilah pertama kali aku naik twin otter. Macam nak rak amik gambar sampai penumpang lain pun pelik tengok aku:
|
Ni ler flight twin otter. Gambar ni masa dah sampai Mukah. Pecaya tak lelaki berseluar pendek tu ler staf ground handling kat airport ni. Hehe. Sempoi giler airport Mukah. |
|
Aku sengaja duduk paling depan supaya boleh rakam gambar pilot in action. |
|
Flight ni boleh bawak tak sampai 50 orang. Dier nyer take-off weight pun terhad. Patut ler penumpang pun kena timbang sekali! |
|
Welcome to Mukah Airport |
|
Balai pelepasan yang sempoi |
Aku panik jap tengok kaunter check in dier macam kaunter bas - tak de PC dan mesin cetak boarding pass. Aku dah ler tak print tiket. Camane ni? Bila aku tanya staf kat situ (ground handling staff yang pakai shorts tadi tu rupa2nya merangkap check-in staff jugak) dia cakap kena datang awal. Erk. Nampaknya kena usahakan gak print tiket tu :p
Begitulah pengalaman aku balik kampung tahun ni yang agak berbeza dengan tahun2 sebelumnya. Next entry aku akan citer pulak tentang bandar Mukah ;)
No comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .