Semalam aku terkedu sekejap. Dia ajak aku ke Pertama. Beli handphone baru katanya. Untuk aku. Huhu...! Syahdu, gumbira, tergezut dan sebagainya!
(Dulu aku selalu kutuk awek yg dapat hadiah mahal2 dari pakwenye. Aku cebik bibir, kata huh, dieorang ni tak pandai berdikari, henpon pun nak harapkan pakwe support! Maka, seterusnya aku kenalah upgrade lagi kutukan aku tu -- huh, apalah pompuan tu, kereta / rumah / baju / tiket kapal terbang pun nak harapkan lelaki yang support! muahaha!)
Dier nak belikan henpon sebijik cam henpon dier. Tapi aku terjatuh chenta pulak sama itu Motorola yang casingnyer kaler biru. Huhu...! Tak pelah, henpon yang aku suka tu pun lebih murah dari henpon dier punye ;) Tapi memori lebih banyak - 5MB! Huhu...! Akhirnya Motorola itu jatuh ke tangan aku! (gelak macam setan lagi)
Aku ucapkan bebanyak timecey kat dier lepas dier meringankan wallet nya itu.
'Terima kasih, sayang. Terima kasih, sayang. Terima kasih sayaaaannnggg!'
'Lepas ni tak nak bila orang tepon, asyik abis bateri je tau?'
Senyuman di bibirnya sudah berkuntum2. Senyuman di bibir aku sudah meleret2. Aku suka! Suka bangat sama itu henpon!
'Awak, saya nak bayar separuh harga henpon ni, boleh tak?' aku tanya. Rasa bersalah menghantui aku kerana menjadi pisau cukur kepada 'Biarlah Rahsia' ku ini.
'La... kan orang dah janji nak belikan henpon dulu??'
'A'ah. Tapi kan, saya tak suka la awak belikan hadiah mahal2 ni.' --> erk, apakah kata2 dusta ini?? Muahaha!
'Tak yah la. Orang yang offer.'
'Nak jugak.'
'Erm... Suka hati lah.'
Maka tertulislah dalam akaun dan buku lejar aku sebagai 'Penghutang' dan dier sebagai 'Pemiutang' sebab aku takde duit nak bayar bulan ni! :p
p/s: aku asyik main henpon je arinih :p hehe... Tapi aku masih sayang sama itu Nokia 3210 @ CLK (Cute Little Komunikator) ...
No comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .