Yang berhormat Datuk,
Setahun dah berlalu sejak saya duduk di depan Datuk dan Datuk telah menanyakan definisi globalisasi. Saya ketika itu takut2, dan berusaha keras menjawab soalan itu dengan betul kerana saya dah penat menghadiri temuduga serta sudah hampir kehabisan duit dan sangat terdesak memerlukan kerja itu.
Saya teramat inginkan kerja itu dan sanggup menghabiskan satu malam membuat research untuk tajuk yang Datuk berikan kerana Datuk mahukan esei itu pada hari berikutnya. Saya tak menganggap Datuk tak bertimbangrasa - saya tahu Datuk ingin melihat sejauh mana saya sanggup berusaha.
Sebelum saya mendapat kerja ini, saya menyara kehidupan dengan gaji yang cukup kecil, kerana saya telah ditipu oleh pensyarah saya sendiri. Mungkin juga dia tak bermaksud menipu saya. Nasib memang tak pernah adil, selagi saya bekerja di bawah orang lain. Tapi saya tak menyalahkan takdir, hmm. Mungkin ada perasaan kesal sedikit, tapi semuanya memang sudah ditetapkan Allah sebegini. Saya begitu bersyukur sebab walaupun gaji saya sikit, tapi hidup saya tenang dan seronok dengan kawan2 yang senasib.
Datuk,
Hari pertama memulakan kerja, saya begitu bersemangat. Saya mengisi borang dan diperkenalkan ngan Chairman 'from Minnesota University'. Kagum betul ngan kelulusan Chairman. Diperkenalkan ngan bos, dan diberi taklimat. Seminggu kemudian, Ainie dan Jen mula bertugas di sini dan juga Survivor. Kehidupan di tempat kerja semakin menyeronokkan. Masa yang paling menyeronokkan ialah waktu makan tengahari, di mana kami berlima menghabiskan masa bercerita (sebenarnya cuma kami berempat bercerita, Chairman masa tu lebih pandai mendengar cerita).
Mungkin surat saya dah melalut sikit. Maafkan saya kerana mengimbau kenangan mula2 bekerja di sini. Dari segi kerja, sayalah yang paling sibuk berlari ke sana dan ke sini. Pada waktu tu, Datuk mula memberikan saya tanggungjawab yang berat sedikit daripada yang lain, mungkin sebab saya dalam department ni. Tapi saya sungguh berbesar hati, Datuk. Setiap tanggungjawab ialah amanah, dan setiap amanah ialah kepercayaan. Saya rasakan Datuk percaya ngan kebolehan saya.
Tapi sampai satu masa perasaan ni berubah. Suatu peristiwa menyebabkan saya dituduh menjadi puncanya, nyaris2 mencemarkan nama baik syarikat. Saya dah berusaha apa yang termampu, melakukan semua yang dlm pengetahuan saya. Sungguh iman saya tergugat dan kredibiliti saya dipersoalkan. Rasa percaya pada syarikat sudah agak luntur ketika itu.
Datuk, mungkin kerana syarikat baru membangun, Datuk dah tak punya masa untuk kami. Kami kebingungan dan terumbang-ambing tanpa arah yang jelas, dan keraguan terhadap matlamat apa kami diambil di sini mula timbul. Dari satu department, ke satu department kami berpindah-randah, tak de siapa yang pasti untuk apa kami ditempatkan di situ. Akhirnya kami juga hilang matlamat dan semangat. Saya apatah lagi, Datuk. Seumur hidup saya jelas apa yang saya ingin lakukan, tiba2 bila meletakkan kepercayaan untuk pengurusan menetapkan matlamat hidup saya, saya dikecewakan.
Suatu masa, Datuk memberikan tugas sekali lagi kepada saya. Saya berusaha untuk melaksanakannya sebaik mungkin. Tapi entah di mana silap, tanpa usul periksa, saya dituduh tidak melaksanakan langsung tugas yang diberikan. Kali ini, perasaan setia dan semangat untuk berada di sini mati ngan tiba2. 8 bulan setelah pertama kali saya duduk di depan Datuk, saya sekali lagi menghadap Datuk, tapi dengan perasaan mati. Bila Datuk menghamburkan kemarahan di depan saya, sedikitpun saya tak ambil kisah. Saya sudah tidak peduli lagi.
Mungkin Datuk tertanya2 kenapa saya masih berada di sini kalau saya betul2 tidak berpuas hati ngan layanan Datuk selama ni. Saya sendiri pun tak pasti. Rasanya saya menunggu masa yang sesuai untuk saya meninggalkan semuanya. Sebenarnya saya dah bosan bekerja dan bekerja, hingga saya terkeliru apa matlamat hidup sebenarnya.
Datuk,
Saya rasa saya telah tertipu oleh dunia. Saya sudah hilang perasaan syukur pada nikmat, sudah terhakis perasaan dermawan dan kasih, sudah tidak punya masa untuk orang tersayang, sudah menyibukkan diri untuk ibadat - adakalanya untuk solat (Allah, ampunkan hambaMu ini), sudah jatuh cinta pada kebendaan, sudah tidak mahu menjaga adab dengan orang lain. Semuanya sejak saya bekerja di sini.
Akibatnya, saya sudah hilang ketenangan hidup, dan hilang pedoman. Saya sudah bosan ngan kehidupan terumbang-ambing ini.
Saya mahu kehidupan saya yang serba sederhana, walaupun susah dan perit, adakalanya mengikat perut untuk kesenangan keluarga di kampung, terjaga di tengah malam memikirkan bagaimana melangsaikan sewa, tapi penuh tawadhuk, terjaga dan bahagia. Semua kerana hati saya masih bersih, tidak disakiti dan menyakitkan hati orang lain dan saya lebih percaya rezeki Allah dari rezeki dari syarikat ini.
Saya mahu pulang, Datuk. Ke jalan itu walaupun terpaksa menanggalkan alas kaki yang saya pakai selama nih untuk berjalan di jalan yang penuh onak duri itu. Sebab akhirnya saya tahu saya akan sampai ke suatu tempat yang tenang abadi. Dan semua luka dan derita itu akan digantikan ngan kesenangan selama-lamanya.
Akhir kata, suatu hari nanti, saya akan kembali ke sana. Insya Allah Datuk, dan lepaskanlah saya dengan restu dan doakan saya agar terpelihara dari dunia ini lagi. Saya akan tetap mendoakan kejayaan syarikat ini kerana saya sayang orang2 yang bekerja di sini, yang telah membantu saya dan menceriakan hidup saya. Wassalam.
No comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .