Dewan Jubli Perak, Raub Pahang... tempat Esah buat majlis perkahwinan dier | Bergambar ngan pengantin baru masa dieorang tengah potong kek (tapi tak sempat nak rasa kek tu) |
Bergambar kat pelamin pulak ngan geng2 masa kat U... sorang dah lepas, sorang lagi dah tunang, sorang lagi bakal bertunang, sorang tengah planning, dan yang lain... | Ngan housemate2 masa study dulu: dari kiri - Tipah (Latip), Haiza (Songklong D'Ebeng), Nani (Nonet), aku (Chubby), Bibi & Bibah (Bib @ 'hey babeh2x..') Hehe. |
Suasana dalam dewan... | Baby yang chubby and cute. |
Hehe. Nampaknya terpaksa la tunda sekejap citer pasal hari raya sebab nak citer pasal trip ke Pahang untuk attend kenduri kahwin coursemate aku dulu, Raja Noraisyah (Esah) ngan tunangnya (suaminya), Rifana last week (Sabtu). Aku pun turun gak dari Johor semata2 nak memenuhi jemputan yang diwakilkan dari member serumah aku dulu, Haiza. Seronoknya bukan main lagi sebab dapat jumpa member2 coursemate dulu terutama budak2 rumah aku :)
Majlis tu Esah buat kat Dewan Jubli Perak, Raub Pahang. Kira bajet memang tinggi la kot sebab bukan setakat buat kat dewan, siap ada pelamin, ada pintu gerbang mini :p dan setiap tetamu diberikan satu paper bag comel berisi lilin hiasan berbentuk bunga (aku punye bunga matahari yg spesel! ;) hehe...), buah epal, & kuih bahulu.
Seperti biasa bila turun ke Pahang, aku lepak kat rumah Haiza. Pagi Ahad tu, lepas sarapan, gi amik Bib & Latip kat stesen bas. Tak sangka plak Anip Poyo pun datang gak :) Lama tak jumpa best friend aku nih! Bib tergelak2 citer betapa dier membebel sebab Haiza amik lambat :p, 'Nanti bila Haiza sampai, aku nak ajar dia cukup2 sampai dier taubat!' Tapi bila nampak Haiza, senyap plak mamat tu. Poyo je!
Haiza bawak gi open house rumah member dier. Kat situ main2 ngan baby yang comel sesangat! Chubby plak tu :p hehe. Dari rumah open house tu, berangkat plak ke dewan Raub for the wedding.
Esah nampak cute je pakai baju purple + pink. Kiteorang sibuk la bergambar ngan pengantin :) Apapun, tahniah la Esah. Setelah bersama ngan Rifana selama 4 tahun, akhirnya selamat jugak ke jinjang pelamin. Semoga korang berbahagia dunia & akhirat. Amin...
Courtesy,
-Kamera Junaidix ;) -
No comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .